KUALA LUMPUR — Polis sedang memburu penulis blog kontroversi, Papa Gomo dan beberapa penulis blog lain berhubung penulisan yang dilihat boleh mencetuskan isu perkauman dalam insiden pergaduhan di Plaza Low
Yat.
Yat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan jika penulis blog itu tidak menyerah diri.
“Saya suruh serah diri tetapi dia (Papa Gomo) tidak serah diri lagi, jadi polis akan cari dan akan tangkap serta beberapa orang lagi.
“Saya tidak perlu sebut nama…saya rasa semua tahu yang ghairah sangat berucap memberi segala ucapan berbaur hasutan dan memberi semangat kepada orang yang melakukan rusuhan dan sebagainya itu bersedialah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di sini, hari ini.
[embedded content]
0 Response to "Insiden Plaza Low Yat: Polis Buru Papa Gomo"
Post a Comment