#Tatkala umat Islam seluruh dunia bergembira menyambut Syawal, ada yg menangisi pemergian mengejut sahabat sejati...
#Namun, pling menyedihkan apabila status terakhir sahabatnya menulis “No raya on this year. Work until die.” ...
#“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yg membuatkan aku sebak....
#Namun, pling menyedihkan apabila status terakhir sahabatnya menulis “No raya on this year. Work until die.” ...
#“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yg membuatkan aku sebak....
#Tragedi ini mengejutkan aku & semua rakan-rakan rumah bujang aku. Dlm perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur aku mendapat panggilan telefon dari seorang rakan serumah bujang iaitu Herman yg bertanyakan mengenai Farid yg tidak dapat dihubungi sejak malam raya pertama sehingga semalam(19/7/2015)....
#Report polis tlh dibuat oleh ahli keluarga Farid. Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yg mengatakan rakan sekerjanya tlh pergi ke rumah sewa & memanggil tetapi tiada sesiapa yg menjawab.....
#Paling mengejutkan apabila ada bau busuk dari rumah sewa itu. Mujurlah bilik Farid berada paling hadapan rumah lalu rakan sekerja Herman membuka tingkap bilik & melihat sebujur mayat di atas tilam....
#Lalu rakan sekerja Herman membuat report polis & polis memecah pintu rumah utk melihat keadaan sahabatku, Farid yg telah beberapa hari meninggal dunia. Mayat tlh dibawa ke unit forensik Hospital Serdang & kini masih menunggu laporan bedah siasat. Insyaallah jenazah akn dikebumikan hari ini.
Untuk pengetahuan semua, Farid tidak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja pada hari raya. Semua rkn serumah telah balik beraya & dia hanya tinggal seorang diri di rumah bujang....
#Tidak disangka-sangka tragedi ini berlaku di rumah bujang aku. Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas.
Dialah sahabatku yg sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar & rakan semasa susah & senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dlm kalangan orang-orang yg beriman....
#Pergimu tiada pengganti. Kau sahabat dunia & akhirat. Coretan ikhlas dari sahabatmu, Ammar.....
#“No raya on this year…work until die”
Farid seakan-akan tahu akn meninggal dunia. Sungguh mengejutkan! Kemungkinan dia meninggal dunia pada malam raya. Mungkin meninggal dunia semasa tidur, berdasarkan keadaannya yg baring di atas tilam siap berselimut.....
0 Response to "Lelaki Ini Meninggalkan Pesanan Yang Misteri Sebelum Meninggal Dunia"
Post a Comment