STATUS TERAKHIR DI MEDIA SOSIAL WANITA BUNUH DIRI SEBAGAI "HADIAH" BUAT KEKASIH !






Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an.


Menurut saksi, mangsa dipercayai jatuh dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian, memetik Melvister.com.

Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi tadi.

Menerusi akaun Media sosial Facebook Teksi Murah Kota Kinabalu Sabah pula, mangsa dikatakan berasal dari Bongawan.

Tidak dapat dipastikan apakah punca yang mendorong wanita ini bertindak demikian, namun seorang pengguna akaun telah berkongsi status terakhir Media sosial Facebook yang dipercayai milik mangsa di ruangan komen.

Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa dia mungkin sedang mengalami kekecewaan dan tekanan emosi dalam hubungan dengan seseorang yang dipercayai kekasihnya.

Status Media sosial Facebook tersebut turut menyebut ia sebagai hadiah buat individu tersebut selain membuktikan betapa dia benar-benar nekad mahu membunuh diri.

Apa pun, setakat ini belum ada pihak yang mengesahkan secara rasmi bahawa akaun Media sosial Facebook tersebut milik mangsa. Wallahua’lam

0 Response to " STATUS TERAKHIR DI MEDIA SOSIAL WANITA BUNUH DIRI SEBAGAI "HADIAH" BUAT KEKASIH !"

Post a Comment